Permainan zaman kanak-kanak (tahun 80 – 90 an)

Kanak-kanak di tahun 80an hingga 90an memang sering bermain permainan yang menarik. Dan aku juga salah seorang yang hidup di zaman itu. Mengingatkan nostalgia masa lalu memang seronok. Lebih-lebih lagi permainan yang menjadi kebiasaan pada kanak-kanak zaman tersebut adalah dendang ke tora aman apa semua.

Tapi ada lagi sebahagian permainan yang aku rasa menarik perhatian.

Senapang getah.

lebih kurang bentuknya

Aku panggil nih senapang getah yang mana hanya diperbuat daripada kayu sepit baju dan getah. Kalau jenis yang kreatif tu memang pandai buat bentuk seolah-seolah senapang betul. Yang ni aku rasakan permainan yang paling seronok dulu. Yang mana buah digunakan sebagai peluru (tak ingat buah apa tapi ianya kecik dan keras). Yang paling bestnya permainan ni kita boleh shoot member-member, tanpa pernah kisah kesakitan dia tuh tapi nih boleh tahan bahayanya.

 

Baling tin

Kalau yang betul lebih tinggi dari ni

Memori aku tentang permainan nih agak samar-samar sikit. Seingat aku rule permainan nih kita kena baling selipar ke susunan tin-tin sampai semuanya jatuh,permainan nih pulak terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pembaling selipar dan kumpulan yang dibaling selipar,  dan jika semua tin-tin tu berterabur jatuh, cepat-cepat kumpulan yang jadi pembaling selipar ni akan kejar dan baling kepada rakan atau kumpulan yang dijadikan mangsa balingan selipar, yang mana mangsa balingan ni kena berada dalam lingkungan kawasan tertentu, contoh tak noleh lari dari tiang atau garisan-garisan tertentu. Memang sakit main benda nih, apa tak nya yang tukang baling seronoklah membaling selipar dia yang tebal tu kena kat kepala… pernah sampai bawak bergaduh pun ada kah kah kah.

 

 Baling selipar

Permainan nih rulenya sebijik sama macam dekat atas cuma yang membezakannya jika permainan baling tin kena runtuhkan susunan tin yang ni pulak kena jatuhkan susunan selipar. Jadi kemahiran mentarget sasaran ke susunan slipar tadi kenalah tepat.

 

Main polis-polis.

gambar hiasan

Huh ni lagi lah tak berapa nak ingat rasanya…. yang aku tahu permainan di terbahagi kepada dua kumpulan iaitu polis dan pencuri, yang mana sesiapa yang dipilih menjadi polis akan kejar pencuri dan kena sentuh dia , dan yang disentuh tu pulak yang jadi polis, kira macam exchange dia punya status polis dan pencuri tu (apehal lain macam ayat aku nih ?).

 

Bola rondes

 

Boleh tahan jugak main ni, kadang kala kalau dah tak ade bola rondes, bola kertas pun jadi. Kayu pemukul pulak pakai apa jenis kayu pun, kayu kerusi ke kayu bumbung ker, apa-apa yang janji boleh digunakan.

oleh Mister/Encik Joe

 

Comments

Powered by Facebook Comments

No related posts.

About Encik Joe

Sebelum ini sy mempuyai blog juniorforce.wordpress.com.....sebelum berpindah ke hosting dan domain sendiri....
This entry was posted in Personal and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge