Istilah blogwalking, dengan maksud yang mudah adalah membaca informasi atau artikel mana-mana blog dan kemudian komen pada blog tersebut, banyak faedah dan kebaikkannya bukan blogger sahaja tetapi pada readers yang lain. Aktiviti blogwalking, membaca blog dan membalas komen-komen pada blog sendiri adalah merupakan sesuatu “kewajipan” bagi empunya blog.
1. APA YANG DAPAT KALAU BACA BLOG ?
Dah tentulah dapat informasi lebih (sekarang ni macam2 maklumat ada kat blog), selain tu juga matlamatnya (terutama blogger) adalah untuk mendapatkan idea atau inspirasi yang lebih baik menulis untuk entry yang baru. Maklumat yang kita dapat dari pembacaan tu sendiri boleh dipostkan di blog kita dan mengubahnya mengikut kesesuaian selera sendiri dan kelainan untuk pembaca. Tentu kalau dah baca blog perlu tinggalkan komen.
2. KELEBIHAN MENINGGALKAN KOMEN.
Bonus Backlink dan Traffik
Kelebihan salah satunya adalah dapat meninggalkan jejak atau backlink. Sesetengah blog ada juga yang memasang plugin CommentLuv (seperti ruangan komen di blog ini) bertujuan untuk menarik minat blogger lain untuk berkomen, fungsi utama CommentLuv adalah dapat memaparkan entry baru pada komen tersebut, jadi secara tak langsung anda dapat mempromosikan entry terbaru dalam blog anda. Jika semakin banyak kita meninggalkan backlink, sudah tentulah memberi kelebihan pada trafik blog kita untuk jangka masa yang panjang.
Memberbaiki pandangan dan menambah ilmu.
Meninggalkan komen di blog juga dapat meningkatkan kualiti penulisan blog, apalagi kalau kita sering berbalas komen (elakkan dari memaki hamun), berbahas tentang sesuatu isu, tambahan pula kalau kita bertanyakan sesuatu maka ada balasan komen dari blogger lain. Berkongsi idea dalam berkomen juga, dapat memungkinkan blogger2 lain akan berblogwalking di “tempat” anda.
Itulah beberapa manfaat dari blogwalking yang dapat saya rangkum, jika ada masa luangkannya sedikit untuk berblogwalking, ini semua akhirnya dapat menguntungkan anda juga.
Comments
Powered by Facebook Comments
Related posts:











tips yang berguna dan sedang belajar untuk dipraktikkan tq
asas recently posted..F360 Moderna dan Porsche dibuat teksi???
[Reply]
Mister Joe Reply:
July 14th, 2012 at 9:46 am
tak kisah.. sama2 berkongsi tips
[Reply]
Blogwalking dapat mengeratkan hubungan sesama blogger.
hatiputera recently posted..Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2012
[Reply]
Mister Joe Reply:
July 15th, 2012 at 1:11 pm
betul tu… sma2 membantu
[Reply]
Terima kasih kerana memberi info berguna. Lepas ni saya nak pasang commentluv ni kt blog saya pula.
brokencircuit recently posted..RANKING HANDPHONE APRIL 2012
[Reply]
Mister Joe Reply:
July 22nd, 2012 at 4:39 am
haha pasang jgn x pasang…
[Reply]
Betul … tips yg best..cume kdg2 kekangan mase nak blogwalking… hehe..

Slamat berpose!
Nadot recently posted..Awal Gile!!!
[Reply]
Mister Joe Reply:
July 23rd, 2012 at 7:42 am
slmt berpuase juga
[Reply]
nice info..
Salam kenal dari TiranaADUKA
[Reply]
Mister Joe Reply:
September 28th, 2012 at 2:20 pm
ok..salam knal jge
[Reply]
i teringin nk kawin…please la,,,,,
[Reply]
Mister Joe Reply:
October 12th, 2012 at 4:40 am
pelik apa kaitannya dgn artikel di atas……….. hahaaa nk kawen tp xde jodoh leh try…http://www.carijodohmelayu.com/ rsiko tanggung sndiri
[Reply]
Oh baru saya tu apa itu commentluv. Terima kasih atas info.
Kamilah Permata recently posted..7 Tips Untuk Sihat dan Bahagia – Dr Azizan Osman
[Reply]
Mister Joe Reply:
November 9th, 2012 at 9:01 am
same2
[Reply]
hahaha….bru ku tahu ape itu blogwalking……..
Kuniaki Anami recently posted..On9
[Reply]